Tuesday 7 June 2011

My bread & butter

Ramai jugak yg aku jmpa, tanya aku keje apa? Kadang-kadang, lama jugak nak fikir untuk bagi jawapan. Bergantung pada situasi. Kebiasannya aku jawab macam ni je, "Ala, bisnes kecil-kecilan je". Susah sikit kalau bagi jawapan, aku ni keje menyanyi, buat emcee and deejay, sebab soalannya akan berlanjutan macam ni, "nyanyi kat mana?", "Deejay kelab ke?","Deejay shopping complex ke?", lebih kurang mcm tu la hehehe.

Tak kurang jugak yang kata aku ni artis! Hahaha tak rasa pun diri ni artis, artis cap ayam adalah hehehe.
Ada juga segelintir yang tak percaya, aku ni hanya buat kerja-kerja ni sahaja. Dia orang ingat aku ada kerja lain. Then bila aku cakap this is my bread & butter, i don't attached with any company or i don't do a 9-5 job, this is the only work i do. Kadang-kadang dia orang macam hairan gak lah sebab sure dia orang fikir, ada ke job sepanjang masa? macam mana dia ni survive? Aku hanya gelak je la huhuhu.

Ok, situasinya lebih kurang macam ni, ambil contoh doktor gigi la. Ada tak doktor gigi merawat orang sakit demam? atau sambut bayi baru beranak? Atau mengkhatan kan orang? Tak de kan? Kerje doktor gigi berkenaan dengan gigi je kan? Dia belajar penat-penat, turun naik turun naik tangga kat universiti tu sebab belajar pasal gigi je kan. Kalau doktor gigi tu bukak klinik, maknanya dia bukak bisnes jugak. So makna nya income dia mengharapkan orang-orang yang sakit gigi datang kat klinik dia, betul tak?
Sama la macam aku, hanya menyanyi/emcee/deejay dengan sepenuh masa & sepenuh hati. Ini yang membuat kan aku lebih fokus pada kerja, gigih berusaha & mahir pada kerjaya. Terbaik wok! Yang membezakan aku dengan doktor gigi tu, aku tak masuk universiti.....hahaha

Rezeki di tangan Allah s.w.t. Pada aku apa-apa pun jua yang kita lakukan, pucuk pangkalnya keikhlasan pada diri sendiri. Tak kiralah apa kerja yang kita buat, sapu sampah ke, potong rumput ke, kerja gomen ke, bisness ke, doktor, lawyer, majistrate ke, yang utama sekali niat kerana Allah ta'ala.
Usaha dan berusaha, jangan ada niat buruk terhadap orang lain dan jangan berdengki. Hati kena bersih barulah datangnya keikhlasan. Chill....

No comments:

Post a Comment