Friday 10 June 2011

Ups & Downs part 1

Dear All,

Kadang-kadang tu, teringat jugak kisah-kisah lalu, masa mula-mula berjinak dengan dunia hiburan ni. Minat menyanyi memang dari kecik lagi, maklumlah asal usul memang dari keluarga muzik, kuah tak tumpah kemana kalau tak ke nasi. Memang dari kecik lagi nak jadi penyanyi. Masa sekolah rendah lagi dah mula main alat muzik, join band sekolah, wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan. Dari main kerincing (hahaha kelakar ayat ni), recorder, pianica hingga lah bermain glockenspiel (uolls fikirlah sendiri alat muzik apa ni ok). Tak lupa jugak masuk koir sekolah & berlakon teater. Lepas tu belajar main piano di Yamaha music school di Muar. Gigih kayuh basikal jauh2 semata-mata nk belajar muzik. Masa tu, kalau budak-budak belajar main piano tu di cop anak orang kaya tau! tapi my mother yg susah payah berniaga kt 'warung' untuk sara duit yuran tu (thanks mama, i love you).

Masa remaja pulak, mula belajar nyanyi, amik kelas vokal & kelas muzik. Ada macam-macam cikgu yg ajar, lagi dahsyat dari Shafinaz & Shafizawati. Masa tu lah kenal arwah Syed Anas yg memang baik hati, walaupun penampilan dia unik tetapi aku memang respect pada arwah. He's an angel lah. Al-fatehah untuk arwah. Ok kita sambung cerita perjalanan ku dalam industri muzik ni. Bila dah abis sekolah, dah mulalah nak cari tapak untuk mengembangkan bakat yang ada. Buat demo tape dan start menjaja ke syarikat-syarikat rakaman yang ada pada masa tu. Kalau tak salah, ada EMI, WEA (Warner), Life records, Suria Record, BMI, PMI dan macam-macam lagi. Masa tu tersangat la susah untuk menjadi penyanyi, apatah lagi nak merakamkan album. Tak macam sekarang, ada banyak pertandingan, realiti tv dan macam-macam lagi. Sehinggakan budak-budak sekarang ni dah naik lemak & mengada-ngada je lebih.

Nak bertandang ke office recording company bukannya satu kerja yg senang. Turun naik bas, berpanas & berhujan, usaha punya pasal lah sampai tertinggal last bas dan terpaksa tido di Bas Stand Klang, KL. Berjumpa dengan Mr. Frankie Ong (ex-allycats), A&R manager di Suria records. A very very nice person dan dia memang betul-betul nk tolong aku buat album. Tapi masa tu Suria Records ni 'sedeh' sbb budget kureng, kena 'que' untuk album Fauziah Latif. (I miss you Frankie!). Aku terus berusaha sehinggalah berjumpa dengan Mr Goh Chin Chai, tokey PMI. Diantara artis dibawah naungan PMI seperti kumpulan Gamma, Masa, Azreen dan lain-lain lagi. Mr Goh kata ok, nak buat album aku. Masa tu punya lah bangga giler, masa kan tidak, nak bergelar penyanyi rakaman la katakan! Tetapi memang kena tunggu agak lama jugak sebab nak cari komposer yg sesuai untuk terbit kan album aku tu. At last, dapat Abg Man Senoi (producer 4U2C tu). So mula lah proses cari lagu dan buat lagu. Memang excited. Paling best dapat lagu dari M.Nasir, lirik S.Amin Sahab, perghhhhh makin bertambah kembang hidung aku masa tu! hehehe. Bila semua dah siap, mula lah cerita yang tak sedap keluar. Hmmm memang sedih dan sakit hati kalau nak cerita. Perbalahan diantara produser dengan syarikat rakaman. Aku yang ditengah-tengah yang jadi mangsa. Secara kebetulan pulak, aku sakit terkena buatan orang (kena mak esah), memang dah tak boleh perform dalam masa yang agak lama. So album tu terbengkalai macam tu saja sampailah abis kontrak. Sedih kan? Cita-cita sudah di gengaman tangan, boleh terlepas begitu sahaja. Moral down to the earth! Rasa hancur & berkecai harapan. Mungkin tak ada rezeki aku untuk merakamkan album atau mungkin tidak ada jodoh aku untuk bergelar artis rakaman.

Selepas kejadian tu, aku meniti hari-hari dengan berikhtiar dan berusaha untuk memulihkan diri dari penyakit misteri tu dan dalam masa yang sama juga masih lagi memegang ikrar untuk meneruskan cita-cita, walaupun sudah jatuh ditimpa tangga, bergolek-golek ke tanah. Jauh disudut hati dan sanubari, masih terpahat keinginan untuk bergelar PENYANYI.

Bersambung........

Tuesday 7 June 2011

Showcase Kau & Aku games

Selit-selit lagi.....

My bread & butter

Ramai jugak yg aku jmpa, tanya aku keje apa? Kadang-kadang, lama jugak nak fikir untuk bagi jawapan. Bergantung pada situasi. Kebiasannya aku jawab macam ni je, "Ala, bisnes kecil-kecilan je". Susah sikit kalau bagi jawapan, aku ni keje menyanyi, buat emcee and deejay, sebab soalannya akan berlanjutan macam ni, "nyanyi kat mana?", "Deejay kelab ke?","Deejay shopping complex ke?", lebih kurang mcm tu la hehehe.

Tak kurang jugak yang kata aku ni artis! Hahaha tak rasa pun diri ni artis, artis cap ayam adalah hehehe.
Ada juga segelintir yang tak percaya, aku ni hanya buat kerja-kerja ni sahaja. Dia orang ingat aku ada kerja lain. Then bila aku cakap this is my bread & butter, i don't attached with any company or i don't do a 9-5 job, this is the only work i do. Kadang-kadang dia orang macam hairan gak lah sebab sure dia orang fikir, ada ke job sepanjang masa? macam mana dia ni survive? Aku hanya gelak je la huhuhu.

Ok, situasinya lebih kurang macam ni, ambil contoh doktor gigi la. Ada tak doktor gigi merawat orang sakit demam? atau sambut bayi baru beranak? Atau mengkhatan kan orang? Tak de kan? Kerje doktor gigi berkenaan dengan gigi je kan? Dia belajar penat-penat, turun naik turun naik tangga kat universiti tu sebab belajar pasal gigi je kan. Kalau doktor gigi tu bukak klinik, maknanya dia bukak bisnes jugak. So makna nya income dia mengharapkan orang-orang yang sakit gigi datang kat klinik dia, betul tak?
Sama la macam aku, hanya menyanyi/emcee/deejay dengan sepenuh masa & sepenuh hati. Ini yang membuat kan aku lebih fokus pada kerja, gigih berusaha & mahir pada kerjaya. Terbaik wok! Yang membezakan aku dengan doktor gigi tu, aku tak masuk universiti.....hahaha

Rezeki di tangan Allah s.w.t. Pada aku apa-apa pun jua yang kita lakukan, pucuk pangkalnya keikhlasan pada diri sendiri. Tak kiralah apa kerja yang kita buat, sapu sampah ke, potong rumput ke, kerja gomen ke, bisness ke, doktor, lawyer, majistrate ke, yang utama sekali niat kerana Allah ta'ala.
Usaha dan berusaha, jangan ada niat buruk terhadap orang lain dan jangan berdengki. Hati kena bersih barulah datangnya keikhlasan. Chill....

Monday 6 June 2011

Tweeter

Follow me @jaimyaz

Caras mencaras

Hmmm setakat ni hanya boleh post event yg lepas-lepas. Event yg akan datang tak leh nak post sebab takut nanti kena caras. Whoa....pernah kena banyak kali. Event yg dah lepas pun kena caras dengan so called "Kawan", depan baik, belakang....sendiri mau ingat......wachaaaaa

Anda Ada 60 Saat: Promo - Maulana



Selit-selit mcm ni pun jadi la kan?

KDA2 Showcase Games

Showcase Kau & Aku

Astro Ceria Sekolah Ku Hebat

Hmmm ada byk jugak pic kat sini....http://www.astro.com.my/ceria/indices/index_1172.html

Utusan Malaysia Online - Hiburan

Utusan Malaysia Online - Hiburan

Belaian Jiwa

So far baru lagu ni je i upload di youtube. Insyallah nanti i update lagi k. Enjoy........http://www.youtube.com/watch?v=vu51kFLTt_8

My new blog

Dah lama nak buat blog baru ni. Yang lama tu dah lupa password, maklum lah dah kertu. So friends, family, relatives, clients and future clients, rajin-rajin lah jenguk kat blog i ni ya. Thank you so much. PEACE.